Saturday, February 28, 2009

tag dari ajim

1) Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" at my blog.

2) Link/Ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4) Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
5) Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen yang menyatakan mereka telah ditag.

1 ---->
2 ----> Pemberi tag ni ialah ajim. dia tak isap rokok..

3 ----> 10 fakta mengenai aku:
  1. Berkulit gelap
  2. Hisap rokok
  3. Tak suka membaca
  4. Sokong Manchester Utd walaupn taktau main bola
  5. Gila pasal RC
  6. Tak suka pakai seluar jean
  7. Takleh simpan rambut panjang, kalau simpan jugak mudah sakit kepala
  8. Suka makan ayam.
  9. Seorang yg setia
  10. Suka jugak main badminton
4 ----> aku tag mereka2 ni:
  1. ^coco^
  2. pojeng
  3. gento
  4. apek

Wednesday, February 11, 2009

BOSAN..

apakah yang sedang melanda diri aku ini? aku kini kerap kali dilanda kebosanan.. aku dah taktau nak buat apa lagi dah kat perlis ni.. DAMN.. i really2 hate perlis.. sangat membosankan..

Tuesday, February 3, 2009

my first tag..(bob punya pasal)

1. Do you think you’re hot?
of course.. sangat panas sekarang ini.. walaupn dah petang.. al maklumla.. PERLIS..

2. Upload your favorite picture of you


3. Why do you like that picture?
sebab tu ja la gamba full family aku yang family aku ada..

4. When was the last time you ate pizza?
tahun lepas

5. The last song you listen to?
Jason Mraz ft Colbie Caillat -
Lucky

6. What are you doing right now besides this?
tengah piki nak beli apa kat pasar malam sbb malam ni takda tuisyen

7. What name you would prefer besides yours?
abang.. mak aku panggil aku abg, adik aku, pakcik aku dan semua family aku panggil aku abg kecuali rakan2ku..

8.People to tag:
1. dani
2. razi
3. lan (chemistrykuzika)
4. emer
5. apek

9. Who is number one?
semua sama saja

10. Number three is having a relationship with?
alaa.. yang kecik2 tu..

11. Say something about number five?
pendek dari aku

12. how about number four?
classmate



Wednesday, January 7, 2009

kasih ibu

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah
kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

P/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya
ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..

“Saya Sayang Ibu”

Monday, December 22, 2008

bosan

semalam aku bosan lagi.. so, aku ajak budak rumah aku pi bukit air.. mandi2.. tapi takda satu pn gamba yang diambik.. hahahaha.. on da way balik, kami singgah kat ladang anggur.. dapat la tgk buah anggur yang blom dipetik lagi..


cubaan memetik buah anggur yang gagal.. kena marah ngn orang yang jaga tempat tu.. hahaha..

nilah buah anggur yang blom dpetik lagi..

balik tu kitorang singgah kat jeti plak minum2 cendol.. tapi sayangnya cendol habis.. jadi, lepak2 ja la kat tepi pantai..



din.. budak tahun1 yang stay sbb nak amik lesen.. menggelabah gila budak ni.. hari2 bukak portal check result dah kluaq blom..

tukang amik gamba yang menahan kencing di tepi laut..